Pages

Majlis Graduasi Kali Kesepuluh.

Pada 15.10.2016 telah diadakan graduasi kali kesepuluh bagi pelajar SMKJF di Klana Resort Seremban..Seramai lebih kurang 90 orang pelajar termasuk pelajar Cak Lempung telah pergi ke sana seawal jam 10.42 pagi.Bas sampai di masjid Paroi pada  jam 12 lebih. Selepas bersembahyang Zohor dan bersiap,kami bertolak ke Klana Resort dan sampai jam 2.Acara dimulakan dengan raptai dan bergambar bersama jubah.Jam 3 acara bermula dengan ucapan.Pengetua gembira kerana selama 25 tahun bekerja, di sinilah beliau dapat melihat kerjasama yang mantap antara semua pekerja dalam menjayakan sesuatu majlis.Bekas pelajar sekolah pula menjadi perasmi majlis.En.Sheh Yacob bekas pelajar Smkjf (1992-1996 )begitu bersemangat memberi motivasi kepada para pelajar.
                           Selepas acara penyampaian sijil, pelajar dikehendaki memulangkan jubah.Maka bertungkus- lumuslah kami (Fatimah Noor,Farihan,Kak Sepiah dan saya) melipat jubah yang mana akan disewa oleh  pelajar dari sekolah Mambau.Jam 6 lebih,bas bertolak ke masjid Paroi   untuk solat maghrib.Akhirnya jam 9 selamat sampai di Jelai dengan selamatnya.