Pages

    Pada 24 hb.11.2014 SK Jelai satu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke N, Sembilan.Antara tempat yang di lawati ialah Teratak Zaaba diikuti Ladang Ostrich di Seremban.Semasa di sana para pelajar berpeluang memberi jagung kepada kambing dan burung unta.Mereka juga berpeluang menunggang burung unta.Tidak lama kemudian hujan turun,maka berteduh sambil melihat kuda.
     Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di gerai yang ada di situ.Muzium negeri adalah tempat yang berikutnya.Di sana telah diadakan pameran komunis.Makan tengah hari juga telah di hantar ke sana. Para pelajar makan nasi berlaukkan sambal ayam dan goreng kubis.
     Kami bersembahyang Zohor di  masjid Senawang,selepas itu Rembau Crystal menjadi lokasi berikutnya.Di sana para pelajar dapat melihat bagaimana krstal dihasilkan.Pelajar juga dapat membeli rantai kunci dan rantai kristal.
       Pada pukul lima pelajar telah sampai ke Pedas Wet World,semasa ingin mandi hujan telah turun dengan lebatnya.Namun pelajar dapat mandi dengan gembiranya.Sebelum balik, kami singgah di Masjid Rembau untuk bersembahyang.Ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya.Destinasi yang terakhir ialah Giant Tampin..Murid -murid berpeluang membeli belah dan gurunya membekalkan satu set vitagen kepada setiap pelajarBas telah sampai ke Jelai pada jam 10.15 malam.maka selesailah pengembaraan para pelajar dan guru Sekolah Agama Petang 2014.

jamuan



Pada 21 hb 11.2014 kelas 1UIA telah mengadakan jamuan sempena menyambut cuti sekolah.Antara makanan yang disediakan ialah nasi ayam,kentang goreng,kek coklat dan air.Selepas selesai jamuan ,para pelajar  bergotong -royong  membuka dan melipat langsir.
31.10.14,telah diadakan jamuan perpisahan dan meraikan majlis persaraan Cikgu Zul Suda di D village Melaka.Yuslina dan Kak Kamaliah serta beberapa orang yang berpindah turut hadir.
5.11.14 Geng baik sek. Jelai satu telah pergi makan sate di Tampin.
6.11.14 Bapa Uztaz Rizal telah kembali ke rahmatullah pada 7.11 pula ,bapa Haslinatul Erma juga turut pergi buat selama-lamanya.6.11,rumah Pak Cik Jalil tukang gunting rambut telah terbakar akibat
cucunya yang bermain api.
7.11Adib telah pergi ke sekolah agama petang bagi menggantikan Cik Na.