Pages

HARI KELUARGA DI TELUK GOREK MERSING,JOHOR.


  Suasana pada 22.10.2016 begitu baik.Kami bertolak dari rumah jam 10.30 dan sampai pada jam 1.30 petang.Pada sebelah petang diadakan sukaneka untuk semua orang.Malamnya pula ada jamuan dan penyampaian hadiah.Antara hadiah yang kami terima ialah biskut tiger,maggi,kopi latte dan jajan.Makanan di resort tersebut juga sedap.Sebelum balik keesokan harinya ,kami memborong udang,ketam,sotong dan ikan dengan harga rm 135.Harga tong pula rm12.Dalam perjalanan pulang kami membeli keropok  lekor dengan harga rm 38.00. Sampai di Jelai jam 4.Lepas Asar hantar Adib pulang ke asrama.

lagi teluk gorek

Anak-anak Rosmawati bersama Qayyim

HARI KELUARGA DI TELUK GOREK MERSING,JOHOR.


  Suasana pada 22.10.2016 begitu baik.Kami bertolak dari rumah jam 10.30 dan sampai pada jam 1.30 petang.Pada sebelah petang diadakan sukaneka untuk semua orang.Malamnya pula ada jamuan dan penyampaian hadiah.Antara hadiah yang kami terima ialah biskut tiger,maggi,kopi latte dan jajan.Makanan di resort tersebut juga sedap.Sebelum balik keesokan harinya ,kami memborong udang,ketam,sotong dan ikan dengan harga rm 135.Harga tong pula rm12.Dalam perjalan pulang kami membeli keropok  lekor dengan harga rm 38.00. Sampai di Jelai jam 4.Lepas Asar hantar Adib pulang ke asrama.

17/10/16



    Zil  sekarang dah berumur 4 tahun ,Langsung tak nak gunting rambut. sampaikan ada yang kata dia perempuan.Hari ini dia ada kawan baru di rumah pengasuh iaitu Mohamad Thariq Ziad,iaitu anak  Cikgu Marnie Mariam yang  berumur  3 bulan.

JAMBOREE PENGAKAP DI BUKIT PUTUS KUALA PILAH

      Pada 15.10.16  bersamaan hari Sabtu telah diadakan jamboree Jota  Joti di Bukit Putus Kuala Pilah,Rauzah dan Adillah telah turut serta dalam aktiviti tersebut.

Majlis Graduasi Kali Kesepuluh.

Pada 15.10.2016 telah diadakan graduasi kali kesepuluh bagi pelajar SMKJF di Klana Resort Seremban..Seramai lebih kurang 90 orang pelajar termasuk pelajar Cak Lempung telah pergi ke sana seawal jam 10.42 pagi.Bas sampai di masjid Paroi pada  jam 12 lebih. Selepas bersembahyang Zohor dan bersiap,kami bertolak ke Klana Resort dan sampai jam 2.Acara dimulakan dengan raptai dan bergambar bersama jubah.Jam 3 acara bermula dengan ucapan.Pengetua gembira kerana selama 25 tahun bekerja, di sinilah beliau dapat melihat kerjasama yang mantap antara semua pekerja dalam menjayakan sesuatu majlis.Bekas pelajar sekolah pula menjadi perasmi majlis.En.Sheh Yacob bekas pelajar Smkjf (1992-1996 )begitu bersemangat memberi motivasi kepada para pelajar.
                           Selepas acara penyampaian sijil, pelajar dikehendaki memulangkan jubah.Maka bertungkus- lumuslah kami (Fatimah Noor,Farihan,Kak Sepiah dan saya) melipat jubah yang mana akan disewa oleh  pelajar dari sekolah Mambau.Jam 6 lebih,bas bertolak ke masjid Paroi   untuk solat maghrib.Akhirnya jam 9 selamat sampai di Jelai dengan selamatnya.