Pages

Birthday wan 1.12.16.diadakan jamuan.Wan lahir pada tahun 1945

HI-TEA di D village Melaka

Diadakan pada 18.11.2016 bersamaan hari Jumaat.Dalam cabutan bertuah saya mendapat Narita.Dapat jumpa anak Abd Rahim yang berusia 36 hari.

Lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu

Pada 11,12 dan 13 hb.November 2016 telah diadakan satu lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu.Rombongan terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki ,perempuan dan guru.Tempat  yang dikunjungi ialah Pantai Cahaya Bulan,Wakaf Che Yeh,Kilang batik,songket,wau,Rantau Panjang,Pasar Siti Khadijah dan di Terengganu pula ialah Masjid Kristal,Tamadun Islam dan Pasar Payang.
      Antara barang yang dibeli ialah coklat Daim 18.90.Anggur telur ikan Rm 7.Keseluruhan coklat rm60.00
Keropok lekor rm30.Murtabak Pekan special rm9.00 satu.Baby nenas rm 10 utk 5 ketul.Z beli seluar jeans 2 helai.Semasa di Masjid Kristal ada orang belikan Qayyim ais krim susu kambing perisa milo.Buah delima rm 10 untuk lima biji.Buah dokong rm 5 untuk 2 kg.
      Kami pergi pada  jam 6.28 pagi Jumaat.Singgah sarapan di Muadzam .makan tengah hari di Terenganu.Terus Ke Pantai Cahaya Bulan. dan sebelah malamnya Ke Wakaf Che Yeh dalam suasana hujan yang  kadang kala lebat .Sampai semula ke Jelai dalm jam 11 malam 13.11.16, hari  Ahad.
      Semasa di PCB dompet Adila telah hilang,dipercayai telah dicuri orang .Di dalamnya berisi wang berjumlah seratus lebih,Semasa  hendak tidur malam pula Farhan yang berumur 10 tahun menanggis kerana takut gelap.

Rambut saya panjang.


Majlis perkahwinan anak abang Masrom pada 5.Nov 2016

Ramai tetamu yang hadir ke majlis Amirul dan Azrul di Tebong Melaka.

Aiman dah besar


Anak Pn Karam- Deepavali Okt 2016


Kenangan graduasi,pengakap,Pn Karam

Majlis graduasi diadakan di Klana Resort Seremban.


HARI KELUARGA DI TELUK GOREK MERSING,JOHOR.


  Suasana pada 22.10.2016 begitu baik.Kami bertolak dari rumah jam 10.30 dan sampai pada jam 1.30 petang.Pada sebelah petang diadakan sukaneka untuk semua orang.Malamnya pula ada jamuan dan penyampaian hadiah.Antara hadiah yang kami terima ialah biskut tiger,maggi,kopi latte dan jajan.Makanan di resort tersebut juga sedap.Sebelum balik keesokan harinya ,kami memborong udang,ketam,sotong dan ikan dengan harga rm 135.Harga tong pula rm12.Dalam perjalanan pulang kami membeli keropok  lekor dengan harga rm 38.00. Sampai di Jelai jam 4.Lepas Asar hantar Adib pulang ke asrama.

lagi teluk gorek

Anak-anak Rosmawati bersama Qayyim

HARI KELUARGA DI TELUK GOREK MERSING,JOHOR.


  Suasana pada 22.10.2016 begitu baik.Kami bertolak dari rumah jam 10.30 dan sampai pada jam 1.30 petang.Pada sebelah petang diadakan sukaneka untuk semua orang.Malamnya pula ada jamuan dan penyampaian hadiah.Antara hadiah yang kami terima ialah biskut tiger,maggi,kopi latte dan jajan.Makanan di resort tersebut juga sedap.Sebelum balik keesokan harinya ,kami memborong udang,ketam,sotong dan ikan dengan harga rm 135.Harga tong pula rm12.Dalam perjalan pulang kami membeli keropok  lekor dengan harga rm 38.00. Sampai di Jelai jam 4.Lepas Asar hantar Adib pulang ke asrama.

17/10/16



    Zil  sekarang dah berumur 4 tahun ,Langsung tak nak gunting rambut. sampaikan ada yang kata dia perempuan.Hari ini dia ada kawan baru di rumah pengasuh iaitu Mohamad Thariq Ziad,iaitu anak  Cikgu Marnie Mariam yang  berumur  3 bulan.

JAMBOREE PENGAKAP DI BUKIT PUTUS KUALA PILAH

      Pada 15.10.16  bersamaan hari Sabtu telah diadakan jamboree Jota  Joti di Bukit Putus Kuala Pilah,Rauzah dan Adillah telah turut serta dalam aktiviti tersebut.

Majlis Graduasi Kali Kesepuluh.

Pada 15.10.2016 telah diadakan graduasi kali kesepuluh bagi pelajar SMKJF di Klana Resort Seremban..Seramai lebih kurang 90 orang pelajar termasuk pelajar Cak Lempung telah pergi ke sana seawal jam 10.42 pagi.Bas sampai di masjid Paroi pada  jam 12 lebih. Selepas bersembahyang Zohor dan bersiap,kami bertolak ke Klana Resort dan sampai jam 2.Acara dimulakan dengan raptai dan bergambar bersama jubah.Jam 3 acara bermula dengan ucapan.Pengetua gembira kerana selama 25 tahun bekerja, di sinilah beliau dapat melihat kerjasama yang mantap antara semua pekerja dalam menjayakan sesuatu majlis.Bekas pelajar sekolah pula menjadi perasmi majlis.En.Sheh Yacob bekas pelajar Smkjf (1992-1996 )begitu bersemangat memberi motivasi kepada para pelajar.
                           Selepas acara penyampaian sijil, pelajar dikehendaki memulangkan jubah.Maka bertungkus- lumuslah kami (Fatimah Noor,Farihan,Kak Sepiah dan saya) melipat jubah yang mana akan disewa oleh  pelajar dari sekolah Mambau.Jam 6 lebih,bas bertolak ke masjid Paroi   untuk solat maghrib.Akhirnya jam 9 selamat sampai di Jelai dengan selamatnya.
kenangan bersama Cik Din
29.4.16 bersamaan hari Jumaat telah diadakan majlis perpisahan dengan cikgu Khairudin b.Abdullah.Kemudian guru-guru menikmati jamuan di kantin.
Pada 3.3.2016 atuk Bakar telah meninggal dunia setelah seminggu berada di hospital Tampin.16.4.2016 pula telah diadakan tahlil di Jeram sempena  dua tahun pemergian atuk Karim.Sabrina dan Qashnira tak balik
Atuk Bakar telah dimasukkan ke hospital Kuala Pilah pada 17.2.16 dan keluar pada 18.2.16 kerana pengsan.Doktor kata dia mempunyai darah yang pekat kerana kurang air.Apabila dah balik dari hospital atuk hanya baring kerana badannya lemah.
9 januari hingga 20 januari 2016 Sha telah menunaikan umrah  di Mekah.
Sekolah mula dibuka pada  4.1.16.