Pages

KENDURI PERGI UMRAH

5 DECEMBER 2015.Kenduri  secara sederhana telah diadakan di rumah wan Jeram selepas solat Zohor.Antara lauk yang dimasak ialah kari ayam.sup ayam,sambal belacan,sayur campur,ikan masin,telur asin,sambal sotong kering,buah-buahan dan kuih muih.Pada malamnya ,kami bergotong royong mengemas rumah.

A Famosa Melaka

29.11.2015 .Ahad. Selepas makan tengahari di rumah Rizal Azwani sempena perkahwinan kakaknya,kami sekeluarga telah pergi ke A Famosa Out let yang menjual pelbagai pakaian.Qayyim begitu gembira berada di sana kerana kawasannya lapang dan menarik walaupun agak panas sedikit.Kemudian kami beli sotong goreng RM 12,keropok lekor,karipap dan air.Pada pukul lima lebih ,kami makan sate di Kedai Zol.semuanya RM 45.00.Jam 7.22 kami sampai ke rumah.
MAJLIS PERPISAHAN

Hari ini 20 hbNovember 2015 telah diadakan majlis perpisahan Pengetua Hajah Maizun bt Jaafar,setelah 3 tahun beliau mengajar di sini.Turut diraikan majlis perpisahan Aisha,Claudia,Hairi,Jasmin dan Melissa. Jamuan potluck mengakhiri acara.

Tidur di Allson Klana

Pada 24 dan 25 kami tinggal di Klana Resort.Bayaran untuk satu malam ialah rm150.Maka bergembiralah anak-anak mandi kolam.Pada 7 dan 8 November pula kami pergi ke Pantai puteri dan bayaran untuk satu malam rm190.Isya dan Adib juga turut serta.
Setelah sekian lama tidak melihat blog, hari ini 1.10.2015, saya kembali membuat laporan.Pada cuti persekolahan yang lalu iaitu bulan september, Kami sekeluarga telah pergi bercuti di Cameron Highlands selama  dua tiga hari dua malam.Hari pertama kami menginap di Rosa Pasadena dan kemudian  di Natasha Resort.

perkhemahan

Pada hari Jumaat 29.5.2015 bersamaan hari Jumaat telah diadakan perkhemahan asas tingkatan satu d kawasan sekolah.Seramai 56 orang murid terlibat.Pada sebelah malam diadakan bbqd
Mesyuarat SKPM pada 12 Mac 2015 .Banyaknya maklumat yang disampaikan.
Pada 3.3.2015 ,Nor Farisha telah mengambil keputusan SPMnya di SMASKP.Dia berjaya mendapat 4A  2B  4C dan 1D.A untuk pelajaran agama dan Sejarah.Tahun ni Adib akan menduduki peperiksaan PT3 di SM Jelai Kuala Pilah.
salah gambarlah pula....

Gambar-gambar sewaktu lawatan 24.11.14.ke seluruh N.S.



gambar 24.11.14.



Saya sekeluarga telah mengikuti rombongan ke seluruh daerah di Negeri Sembilan.

Ceramah petanque

22.1.15
Saya telah memberi ceramah tentang permainan petanque kepada 30 orang ahli kelab petanque.Murid-murid begitu tekun mendengar ceramah yang saya sampaikan.Setiap kali habis topik,murid- murid menjawab soalan kuiz.